Isnin, 31 Ogos 2009

RAMADHAN KARIM

Allah SWT telah menetapkan bahawa Ramadhan adalah bulan yang diperuntukkan khas untuk umat Nabi Muhammad al-Musthofa SAW berpuasa. Allah Ta'ala telah berfirman bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, semoga kamu termasuk orang-orang yang bertaqwa."

Puasa adalah ibadah khusus (induk) di bulan Ramadhan. Ibadah puasa mempunyai banyak kebaikan di sudut kesihatan sama ada jasmani (fizikal) atau ruhani (spiritual). Semoga Allah Ta'ala memberikan kepada kita semua umat Rasulullah SAW kekuatan dan keperibadian yang tinggi di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah......Amin.

oleh:
Al-Faqir Ilallah
Abdul Latiff Mohamad